Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesungguhnya para ulama itu merupakan pewaris para Nabi, dan Nabi itu tidak meninggalkan dinar atau dirham sebaliknya para Nabi itu meninggalkan kepada kita akan ilmu. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Imam Asyma'i berkata :

Seawal-awal ilmu adalah diam, keduanya mendengar dengan teliti, ketiga menghafal, keempat beramal dengannya dan kelima menyampaikan ilmu tersebut.

Imam Al-Ghazali berpesan :

Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkannya dan memberi manfaat kepada orang lain samalah seperti mentari yang menerangi dirinya dan orang lain sedangkan ia terus bersinar.

Sayyidina Ali r.a. berkata :

Janganlah dikau tangguhkan untuk melakukan sesuatu kebaikan hingga keesokan harinya, kerana mungkin keesokan hari yang mendatang kamu telah mati.

Sayyidina Abbas menasihati :

Sebaik-baik perkara kebajikan adalah yang disegerakan untuk melaksanakannya.

Monday, November 5, 2012

Enam perkara tersembunyi


Saidina Umar al-Khattab berkata,

Sesungguhnya Allah Ta'ala menyembunyikan 6 perkara di dalam 6 perkara yang lain iaitu :


1. Allah menyembunyikan keredhaan-Nya di dalam taat kepada-Nya.

2. Allah menyembunyikan kemarahan-Nya di dalam maksiat.

3. Allah menyembunyikan lailatul qadar di bulan Ramadhan.

4. Allah menyembunyikan para wali di tengah-tengah manusia.

5. Allah menyembunyikan kematian di dalam umur.

6. Allah menyembunyikan sholat yang paling utama (sholat wustha) di dalam sholat 5 waktu.


Penjelasan

Allah merahsiakan 6 perkara tersebut di dalam 6 perkara yang lain, maksudnya agar kita:


1. Sungguh-sungguh dalam melaksanakan taat.
2. Betul-betul menjauhi maksiat.
3. Sungguh-sungguh menyambut lailatul qadar setiap malam.
4. Menghormati setiap orang.
5. Selalu menyiapkan diri untuk mati.
6. Giat mengerjakan sholat.