Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesungguhnya para ulama itu merupakan pewaris para Nabi, dan Nabi itu tidak meninggalkan dinar atau dirham sebaliknya para Nabi itu meninggalkan kepada kita akan ilmu. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Imam Asyma'i berkata :

Seawal-awal ilmu adalah diam, keduanya mendengar dengan teliti, ketiga menghafal, keempat beramal dengannya dan kelima menyampaikan ilmu tersebut.

Imam Al-Ghazali berpesan :

Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkannya dan memberi manfaat kepada orang lain samalah seperti mentari yang menerangi dirinya dan orang lain sedangkan ia terus bersinar.

Sayyidina Ali r.a. berkata :

Janganlah dikau tangguhkan untuk melakukan sesuatu kebaikan hingga keesokan harinya, kerana mungkin keesokan hari yang mendatang kamu telah mati.

Sayyidina Abbas menasihati :

Sebaik-baik perkara kebajikan adalah yang disegerakan untuk melaksanakannya.

Wednesday, December 28, 2011

Manusia dan ilmu



Manusia itu terbahagi dalam empat macam:


Manusia yang memiliki ilmu dan ia tahu
bahawa dirinya mempunyai pengetahuan,
maka dia adalah orang yang alim,
bertanyalah kepadanya.


Manusia yang memiliki ilmu akan tetapi
ia tidak tahu bahawa dirinya memiliki ilmu,
maka dia adalah orang yang lupa,
ingatkanlah dia.


Manusia yang tidak memiliki ilmu namun
ia sedar bahawa dirinya tidak mempunyai ilmu,
maka dia adalah orang yang mencari petunjuk,
berilah petunjuk kepadanya.


Manusia yang tidak mempunyai ilmu tapi
ia tak sedar bahawa dirinya tidak berilmu,
maka dia adalah orang yang jahil (bodoh),
tinggalkan dia.


[ Al-Imam Al-Khalil bin Ahmad ]


Sunday, December 25, 2011

Ingat dan lupa

video


Jagalah olehmu delapan kalimat nescaya Allah akan menjagamu:

Bila engkau sedang solat jagalah hatimu,

bila engkau sedang berada di rumah orang jagalah matamu,

jika engkau berada di tengah umat manusia jagalah lidahmu,

jika engkau berada di meja makan jagalah perutmu.



Perkara yang kelima, enam, tujuh dan lapan adalah

ingatlah akan dua hal dan lupakan dua hal lainnya.

Adapun dua hal yang kita ingat adalah mengingat Allah dan kematian.

Sedang dua hal yang kita lupakan ialah melupakan

kebaikanmu kepada orang dan keburukan orang kepada dirimu.



[ Ahli Hikmah ]



Tuesday, December 20, 2011

Mutiara Hikmah



Barangsiapa yang menerima hatinya (qana'ah)
dengan dunia (harta) yang sedikit,
maka akan mudah baginya segala kesulitan.


Barangsiapa yang melazimkan zikir Allah,
maka Allah akan memutuskan dia dari
segala sesuatu selain~Nya.


Taubat itu ialah meninggalkan kebiasaan
membuat dosa serta melazimi istighfar.


Sesiapa yang jujur penumpuan hatinya
menghadap kepada Allah maka Allah akan
memberikannya segala yang ia harapkan.


Barangsiapa yang takut kepada Allah
sebagai Tuhannya, maka akan takut
kepadanya segala yang lain selain~Nya.


Barangsiapa yang ikhlas niatnya kerana Allah
semata-mata, maka Allah dan para malaikat~Nya
akan melindunginya.


[ Sheikh al-Akbar Muhyiddin Ibnu Arabi ]


Thursday, December 15, 2011

Ilmu...



Tidaklah kami memperoleh ilmu dengan banyak bicara ini dan itu,
tidak pula dengan melakukan persaingan dengan para tokoh-tokoh.


Namun kami memperoleh ilmu dalam kekosongan hati dari dunia,
menangis di tengah malam dan bersikap mawas diri
kepada Zat Yang Maha Perkasa.


Begitu pula kami tidak memperoleh semua kebaikan kecuali dengan ilmu.
Sekiranya bukan kerana ilmu, seorang hamba tidak bisa mengenal
Tuhannya dan tidak akan bisa pula mengetahui cara menyembah~Nya.


Ilmu itu akan menjadi bencana atasmu hingga engkau
amalkan dan bila engkau telah mengamalkannya
maka ilmu itu telah menjadi milikmu.


Ilmu adalah keutamaan, tidak akan sempurna
kecuali dengan pengamalan kerana Allah.


[ Habib Abdullah bin Alawi Al-Hadad ]


Saturday, December 10, 2011

Agama..



Siapa pun yang menjadikan agamanya
sebagai teori semata-mata,
maka dia melakukan kesalahan
terhadap jalan Allah dan kedamaian


Kafir! Menyimpang melawan Hukum!
Jangan pedulikan.
Semuanya dilarang, semua yang mengatakan
hal ini terpelajar adalah bodoh.
Maqam dan hal menolaknya.


Agama bukanlah diskusi,
Agama adalah apa yang Tuhanku katakan
atau apa yang Baginda sabdakan,
yakni tuan pembimbing,
utusan (dan kedamaian baginya),
kerana dia tidak mengatakan sepatah kata pun
daripada dirinya sendiri.


[ Ibnu Arabi ]


Thursday, December 1, 2011

Cinta..




Jika engkau mencari kedekatan dengan Sang Kekasih,
cintailah setiap orang..


Dengan hanya memandang kebaikan mereka
baik ketika mereka hadir ataupun tidak.


Jika engkau menginginkan kejernihan dan kesegaran
layaknya hembusan angin di pagi hari,


Jadilah seperti matahari yang tidak memiliki apapun
tetapi menyinari dan memberikan kehangatan kepada siapapun.


[ Abu Said Abil Khair ]