Manusia itu terbahagi dalam empat macam:
Manusia yang memiliki ilmu dan ia tahu
bahawa dirinya mempunyai pengetahuan,
maka dia adalah orang yang alim,
bertanyalah kepadanya.
Manusia yang memiliki ilmu akan tetapi
ia tidak tahu bahawa dirinya memiliki ilmu,
maka dia adalah orang yang lupa,
ingatkanlah dia.
Manusia yang tidak memiliki ilmu namun
ia sedar bahawa dirinya tidak mempunyai ilmu,
maka dia adalah orang yang mencari petunjuk,
berilah petunjuk kepadanya.
Manusia yang tidak mempunyai ilmu tapi
ia tak sedar bahawa dirinya tidak berilmu,
maka dia adalah orang yang jahil (bodoh),
tinggalkan dia.
[ Al-Imam Al-Khalil bin Ahmad ]