Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesungguhnya para ulama itu merupakan pewaris para Nabi, dan Nabi itu tidak meninggalkan dinar atau dirham sebaliknya para Nabi itu meninggalkan kepada kita akan ilmu. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Imam Asyma'i berkata :

Seawal-awal ilmu adalah diam, keduanya mendengar dengan teliti, ketiga menghafal, keempat beramal dengannya dan kelima menyampaikan ilmu tersebut.

Imam Al-Ghazali berpesan :

Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkannya dan memberi manfaat kepada orang lain samalah seperti mentari yang menerangi dirinya dan orang lain sedangkan ia terus bersinar.

Sayyidina Ali r.a. berkata :

Janganlah dikau tangguhkan untuk melakukan sesuatu kebaikan hingga keesokan harinya, kerana mungkin keesokan hari yang mendatang kamu telah mati.

Sayyidina Abbas menasihati :

Sebaik-baik perkara kebajikan adalah yang disegerakan untuk melaksanakannya.

Thursday, October 7, 2010

Mohon cinta...


Tuhan jika Kauizinkan

Ingin sahaja kulayar zikir seribu malam

Dan bertahajjud memohon cinta

Setiap detik malam syahdu



Tuhan jika Kauizinkan

Ingin kusemai benih-benih haruman di taman

Dan kucorakkan kuntuman mawar mekar

Manfaat buat kumbang bertandang



Namun Tuhan aku sebenarnya hamba yang mencari

Dan dalam jahil aku cuba melihat erti cinta

Dari bawah batu bukit di lembahMu



Tuhan munajat ini

Kulafaz sedih bertapak di bibir mulut

Mengharap dapat memungut cinta di jalanMu

Moga zikirku adalah rindu

Dan kumbang di taman mendapat madu